Thursday, January 29, 2009

Berapa harga isteri anda....???

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu . namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Wednesday, January 28, 2009

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakaladosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dansekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuanhanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapatkepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpaizin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlutanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnyasepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orangperempuan lebihpanjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh AllahSWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinyakurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang takada pada lelaki.Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpanditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorangwanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya ,manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untukmenyara isteri dananak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkanadalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggungoleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintuSyurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jikataat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akanturut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisiseorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalahistimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamumenjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAHwanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapatpulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehinggadengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebabnikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupundiaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagaihikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedarbahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidakterjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritualberbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhilarangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusiapaling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kitabersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistempernafasan danmengembalikanked udukan organ ke tempat asalnya.Bernafas ketika sujud pulaboleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkanlingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akansujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secaraautomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudahberfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakanmudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombangperut(convulsions) .- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darahke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darahdan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasarendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifatsombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujudyang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang bolehmengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak sertamenajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusiayang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusiamemerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dansempurna.

Tujuh kalimatSabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allahdan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatutak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi danmenerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siangmalam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walausambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun :Ayat : 9Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, makamereka orang yang merugi.

Ayat : 11Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampaiajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan

JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzinadengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanyasendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahramdengan meninggalkan solat Maghrib?Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup dibumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNyadi dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lainnanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun(waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yangpaling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapasaudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari nerakamaka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapatbayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abahKalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-anganuntuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, takpayahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) samasaja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yangnyata.

INSYALLAH.semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T.amin.

Monday, January 5, 2009

Hari pertama di sekolah baru...

Jeng-jeng-jeng...hari pertama yg memenatkan...bukannya ape..cuma bile dah lame rest it's take a few time to refresh and set my mind. hey gurl! wake up..go to school....seb baik la jd cikgu tak kene pakaian seragam cam bdk skol, kalo dak dah lame aku tukar kerjaya...coz dr skol dulu aku malas pakai baju sekolah seragam..konon nengok org puteh g skol pakai bju biasa,aku pun nak gak pakai cam tu...takpe la dgn adanya pakaian seragam skang ni sekurang2nye dapat gak membantu sykt canggih, wixon, professor, keluargaku dll utk tmbh income.
biasa la msk sek mesti ada jadual kan...so aku kaut atau sapu bersih segala khb form 1..amacam tamak tak aku..he..he..wa x kisah asal jgn ada subjek reka cipta jer dalam jadual aku ckup..aku x sanggup menderita dah..
samb...so dpt la task baru jaga bengkel elek. belah ptg..so tau2 la..kalo jaga bengkel mesti kene kemas dulu kan and bla..bla..bla...tu biasa la. tapi best gak ajaq blh ptg ni...di bawah sy lampirkan kebaikan nya...

Kebaikan mengajar di sebelah petang.
  1. Bangun tdo pg lmbt sket pun xpe
  2. Setelkan bende2 yang tak bole di buat belah petang contohnya tdo petang(aku cuba elak dr dulu)tp kalo dah penat bantai je la..tp jgn selalooo
  3. Jaga anak buah aku si Muiz tu pada blh pagi...suka sgt mintak dukung bdk tu.
  4. Ni paling baik wat aku...dpt solat Zuhur Asar tepat pada waktunya nak kejo time..alhamdulillah..kalo ngajo pg tau2 la..sesgghnya aku manusia biasa..
  5. Petang ni macm pendek cket la rasenye...
  6. Makan dulu kat umah..dah save buget..
  7. Balik on time..sapa nak duk sek lepas kul 6.40 ptg...ilang akal..kalo dulu aku balik 4 lebih..
  8. Rehat 2 kali..sekali Zuhur sekali lg Asar..
  9. Ari jumaat la best skali masuk 2.15 abis 6.40 ptg...
  10. Bulan puasa jgn kan cite balik 5.30 ptg.
  11. Pada belah pg jeleskan akak2 di sekolah lama aku...cian diorang...mesti banyak kene relief klas kan.
  12. paling penting apa yang aku cakap kat atas semuanya nak sedapkan ati aku jer...he..he...tp ok jer belah petang ni..

Friday, January 2, 2009

kali pertama yang memeningkan

nie first time nak ber'blog'. tak tau la apa hasilnya...sebabnya saya mmg tak pandai bercerita..ssuke dengar cite yea la...tapi jeles gak nengok kwn2 lain ada blog...sedangkan pokcik yg umoq 74 tahun pun ader blog...khir toyo ada blog...anwar ibrahim ada blog..dan org2 lain yg ada blog lah...gambaq nnt du;lu la sy upload...ni tgh pk2 nak letak apa cite..memandangkan salah satu program 2009 nak wat blog, so kena cuba gak cari cite..mcm repoter..kang tak der cite bosan gak awak sume baca bebelan sy ni..so sy g tdo dulu..dah lewat ni..tak bek tdo lewat2 kata nak jaga kulit muka.