Wednesday, January 28, 2009

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakaladosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dansekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuanhanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapatkepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpaizin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlutanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnyasepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orangperempuan lebihpanjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh AllahSWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinyakurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang takada pada lelaki.Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpanditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorangwanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya ,manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untukmenyara isteri dananak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkanadalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggungoleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintuSyurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jikataat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akanturut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisiseorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalahistimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamumenjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAHwanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapatpulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehinggadengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebabnikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupundiaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagaihikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedarbahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidakterjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritualberbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhilarangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusiapaling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kitabersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistempernafasan danmengembalikanked udukan organ ke tempat asalnya.Bernafas ketika sujud pulaboleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkanlingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akansujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secaraautomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudahberfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakanmudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombangperut(convulsions) .- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darahke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darahdan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasarendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifatsombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujudyang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang bolehmengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak sertamenajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusiayang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusiamemerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dansempurna.

Tujuh kalimatSabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allahdan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatutak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi danmenerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siangmalam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walausambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun :Ayat : 9Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, makamereka orang yang merugi.

Ayat : 11Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampaiajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan

JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzinadengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanyasendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahramdengan meninggalkan solat Maghrib?Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup dibumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNyadi dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lainnanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun(waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yangpaling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapasaudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari nerakamaka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapatbayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abahKalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-anganuntuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, takpayahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) samasaja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yangnyata.

INSYALLAH.semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T.amin.

1 comment:

Leenoh said...

Salam.
Suatu entri yang baik dan bermanfaat.Istilah menanggung dosa orang lain mungkin kurang tepat kerana dalam hukum Islam, seseorang itu tidak menanggung dosa orang lain.
sebagai contoh seorang gadis yang telah baligh melakukan perkara dosa maka berdosalah beliau, manakala ibubapa pula terlibat sekiranya tidak mendidik anak gadisnya, jadi ibu bapa akan berdosa atas kelalaian tanggungjawabnya ( dosa ibubapa sendiri bukan dosa anaknya , dosa anaknya akan ditanggung oleh anaknya sendiri mulai telah baligh )
Contoh yang kedua anak lelaki yang belum baligh belum ada dosa, kalau mereka buat salah atau buat perkara yang dikelaskan sebagai dosa, mereka tidak bersalah tetapi di sana berlaku berdosa kepada ibubapa sekiranya mereka tidak mendidiknya, kalau ibubapa telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna maka tiadalah berdosa lagi bagi ibubapa tersebut..