Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi...Jauh mana jarak kita..lama mana pun tak jumpa..kita tetap pandang anak bulan yang sama...

Tuesday, August 4, 2009

up load lagi

salam...da lama tak update blog...ni upload gmbr yg lain sbb si rozi bising gmbar dia tak lawa ari tu...
ni masa naik tanjung tuan tahun lepas yek
tu dia...

pose menarik dr kak fara



Saturday, July 18, 2009

loopie kahwin..

nie majlis di muar johor
pose dulu sebelum amik gamba org

bdk2 bujang dengan ayah2


sepupu2 + anak buah



gambar beramai-ramai




atas permintaan sepupu2 aku upload gambar kahwin sepupu yg sorang ni...

Akhirnya.....

tu lah tgh bising2 cari bahan nak kawin kat internet ni masalahnya xder 3g kat kg aku ni...tup2 semlm kat hphone menunjukkan ada signal 3g...bio betul..tp buka internet tak plak..gprs lg...kali lain plak mlm ni aku pun terkejut gak apa yg aku surf jer cepat jer appear..ehh..ada yg tak kena ke..la rupa2 nya dah ada HSDPA kat mobile connect ni ha...tu pun 1 bar jer..tapi xpe la gak asal laju cket aku nak upload kat blog ni..alhamdulillah...jd aku rasa kg aku ni x la solok(pendalaman) sgt..hi3..

Tuesday, July 14, 2009

Konsert Satu Siti

tu dia baik punye pose dari aku
jalan laju sgt si rossa ni

kak kriss hi2

sempat gak salam






last2 baru ble amik gmbr cket


ehem...dalam sempat2 nak urus diri ni pun sempat lagi aku tengok konsert siti..tu pun kalo akak aku tak desak memang tak g kot..mana taknya herga tiket pun satu hal..komen..emmmm..rasa macam biasa jer sebab kene duk tepi sekali so tak dapat nak feel all the flow consert tu..pastu sgt dekat plak dgn speaker..so aku punye dada pun bergetar skali..voice siti mmg tak bole nak di ragui la..memang superb..cuma penari latar ada byk ganggu cket..coz of diorang modern dancing byk la gaya nye..bila amik konsert mlm akhir ramai la guest yg dtg antaranya tun mahathir and wife..ning and husband..keluarga siti..kris dayanti, rossa..dan ramai lg lah..ada hikmah gak duk dekat depan dpt la amik gmbr diorang..pastu kali ni aku baru dpt bergambr dgn siti setelah 4 kali jumpe..

Saturday, June 20, 2009

Mari ke Tanjung Tuan
















pada 16 mei yg lepas sempat gak meraikan hari guru kat tanjung tuan..best gak..mula2 mcm takde feel ..at last sy puas hati akhirnya dpt gak pegi kat pantai yg tak jd g thn lepas...masa tu lepas gian la g semua tempat yg sy lom pegi sebelum pindah...tapi dah pindah pon jadi jer.










Tungguuuu...

salam...ramai yg kata...eh..gambar ko jer..mana gambar tunang...hihihi...tu nanti dulu...lom penah amik gambar lg dengan dia...nanti2 la ekkk...pastu dia memang susah amik gambar. nak wat cam ner..so tungguuu.....

Wednesday, June 17, 2009

Majlis Pertunangan























Salam...rasanya dah lama sangat tak usik blog ni...ye la bz ntah ape2 jer...tapi dalam hati mmg nak update blog ni...terlebih dulu nak mohon maaf kat kwn2 kerana tak bg tau yg sy dah bertunang pd cuti sek yg lepas..ntah la mungkin sy ni pemalu kot nak bg tau..tp sy tetap akan hebahkan cite ni gak...tak sampai hati nak simpan jer...tup2 dah kene attack dgn kwn2 nape tak bg tau...bkn tak nak bg tau tp ntah...sy pun masa seblm majlis pun gabra semacam la...berita yang baik ni kwn2 pun gembira kan...apa yang saya pohon agar kwn2 doakan yg terbaik buat kami..hi2..yang pasti sy tak pernah lupa kwn2..

Sunday, March 29, 2009

Sirah Junjungan-Tahajud Cinta







Pada cuti sekolah yg lepas,selepas peksa PTK aku melepaskan tension dgn menonton teater sirah junjungan pd sebelah mlmnya di istana budaya..dah booking lama dah. g dgn akak den la sapa lagi. Nie 1st time nengok teater so rasa excited sgt, pulak tu amik yg turn Siti plak tu..coz dah berkali2 kak siti suruh g nengok..he3..overall the story about Prophet Muhammad saw it's so touching..i liked..jarang sekali cerita begini mendapat sambutan..walhal ianya boleh membangkitkan semangat cintakan Nabi..tetapi aku rasa sgt kecewa dgn penampilan beberapa penonton yg langsung tak peka atau lebih tepat lagi tak kena gaya bile nengok teater begini...ye memang mereka free hair...but takkan tak tau tajuk teater yg awak nengok..takkan nengok teater begini pakai skirt pendek..masyaallah..salah ke pakai pakaian yg sopan walaupun awak x bertudung..pastu masa berselawat dah x bole berdiri sebab dot..dot..dot..



komen aku kalo erma fatima jual sound track teater ini aku akan beli sebab lagu2 dan selawat nya amat sedap di dgr sehingga bole naik bulu roma dan tidak dpt ku nafikan bole menitiskan air mata juga..sesungguhnya nabi sgt syg umatnya...tp syangkah kita pd nabi?



Tuesday, March 24, 2009

Sila nyanyi ikut rentak Misha Omar-

Pulangkan Pulangkan..(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvokau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa sayang.................................................................


.........tak tahulah siapa yg kreatif benar cipta lagu ini.. ahaks!!!



alkisah nya nak cari lirik lagu lain jumpe yang lain...bile nyanyi macam terasa la plak..ehekss..

Monday, March 23, 2009

Lunch kat Guoman PD

Ni masa kak Min, Kak Lela and Kak Fara celebrate farewell aku...aku rasa sgt terharu kat akak2 ni..sudi diorang menaja lunch aku..pening gak waktu tgh tu nak makan kat mana...lastly kami dgn langkah berani g Guoman...nak try test rasa ala carte kat sana...so dibawah ni adalah dishes yg kitorang pesan.








Ni Fish N Chip yg hendak di makan oleh Kak Lela N Kak Min..ianya ada rase green tea cket...not bad...aku bg 4 star..
(kak min and kak lela ni aku gelar diorang Dakomin Dakola...sebab mana ada kak min kat situ ada kak lela..skang pun kak min last minute dpt pindah sendayan..cian kak lela...so tinggal kak lela dgn kak fara.)





Ni Nasi Goreng Special la gak....bole tahan gak...yg ini adalah pilihan Chef Kak Fara...ada sate lagi tu...












haaaa...yg ni tentulah aku yang punya....Kuew Tiaw Goreng...Chef punye recommendation...apa yg special..ha tentula ada udang kara potong separuh kat atas tu..cuma satu jer..ade kering cket mee nya...kalo basah emmmm tentu lg enak...


so..aku pun nak amik ksempatan ucap byk terima kasih di atas baik hati akak2 ni...maklumlah harga nya pun paham2 la...insyaallah ada rezeki nanti sy belanja akak2 nnt ya...

Thursday, March 12, 2009

Erti Cinta dan Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. . maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Thursday, March 5, 2009

Hadiah sekolah cemerlang 2007

ni cikgu2 yang kecoh...nak2 kak min si baju itam tu..serious talk ni 2nd time naik cable car tp gabra masalah..tapi dek kenangan kan kwn2 paksa diri naik gak..coz dulu aku ckp skali naik cukupla..
Nampak macam kasut kan? ni namanya pulau kasut
dekat dgn border malaysia-thai. Masyaallah kejadian Allah!!

Ada nampak baby face kat bawah dkt dgn permukaan air!


kat belakang tu, yang ada kita nampak kat signbod hiway Kilim Geoforest Park...tu mahal nak pasang kat dinding bukit tu sampai jadi isu la..



Apasal la pintu masuk kat bawah ni......




Ni just nak kongsi kat kawan2..kita biasa g Langkawi jln g shopping tapi g langkawi yg kali ni agak lain cket sebab dpt g kilim geoforest park..best gak..ini adalah hadiah sek cemerlang kategori asrama harian luar bandar 2007..

Thursday, January 29, 2009

Berapa harga isteri anda....???

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu . namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Wednesday, January 28, 2009

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakaladosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dansekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuanhanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapatkepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpaizin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlutanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnyasepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orangperempuan lebihpanjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh AllahSWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinyakurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang takada pada lelaki.Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpanditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorangwanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya ,manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untukmenyara isteri dananak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkanadalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggungoleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintuSyurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jikataat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akanturut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisiseorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalahistimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamumenjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAHwanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapatpulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehinggadengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebabnikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupundiaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagaihikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedarbahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidakterjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritualberbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhilarangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusiapaling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kitabersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistempernafasan danmengembalikanked udukan organ ke tempat asalnya.Bernafas ketika sujud pulaboleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkanlingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akansujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secaraautomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudahberfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakanmudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombangperut(convulsions) .- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darahke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darahdan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasarendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifatsombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujudyang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang bolehmengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak sertamenajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusiayang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusiamemerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dansempurna.

Tujuh kalimatSabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allahdan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatutak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi danmenerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siangmalam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walausambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun :Ayat : 9Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, makamereka orang yang merugi.

Ayat : 11Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampaiajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan

JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzinadengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanyasendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahramdengan meninggalkan solat Maghrib?Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup dibumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNyadi dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lainnanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun(waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yangpaling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapasaudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari nerakamaka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapatbayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abahKalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-anganuntuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, takpayahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) samasaja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yangnyata.

INSYALLAH.semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T.amin.

Monday, January 5, 2009

Hari pertama di sekolah baru...

Jeng-jeng-jeng...hari pertama yg memenatkan...bukannya ape..cuma bile dah lame rest it's take a few time to refresh and set my mind. hey gurl! wake up..go to school....seb baik la jd cikgu tak kene pakaian seragam cam bdk skol, kalo dak dah lame aku tukar kerjaya...coz dr skol dulu aku malas pakai baju sekolah seragam..konon nengok org puteh g skol pakai bju biasa,aku pun nak gak pakai cam tu...takpe la dgn adanya pakaian seragam skang ni sekurang2nye dapat gak membantu sykt canggih, wixon, professor, keluargaku dll utk tmbh income.
biasa la msk sek mesti ada jadual kan...so aku kaut atau sapu bersih segala khb form 1..amacam tamak tak aku..he..he..wa x kisah asal jgn ada subjek reka cipta jer dalam jadual aku ckup..aku x sanggup menderita dah..
samb...so dpt la task baru jaga bengkel elek. belah ptg..so tau2 la..kalo jaga bengkel mesti kene kemas dulu kan and bla..bla..bla...tu biasa la. tapi best gak ajaq blh ptg ni...di bawah sy lampirkan kebaikan nya...

Kebaikan mengajar di sebelah petang.
  1. Bangun tdo pg lmbt sket pun xpe
  2. Setelkan bende2 yang tak bole di buat belah petang contohnya tdo petang(aku cuba elak dr dulu)tp kalo dah penat bantai je la..tp jgn selalooo
  3. Jaga anak buah aku si Muiz tu pada blh pagi...suka sgt mintak dukung bdk tu.
  4. Ni paling baik wat aku...dpt solat Zuhur Asar tepat pada waktunya nak kejo time..alhamdulillah..kalo ngajo pg tau2 la..sesgghnya aku manusia biasa..
  5. Petang ni macm pendek cket la rasenye...
  6. Makan dulu kat umah..dah save buget..
  7. Balik on time..sapa nak duk sek lepas kul 6.40 ptg...ilang akal..kalo dulu aku balik 4 lebih..
  8. Rehat 2 kali..sekali Zuhur sekali lg Asar..
  9. Ari jumaat la best skali masuk 2.15 abis 6.40 ptg...
  10. Bulan puasa jgn kan cite balik 5.30 ptg.
  11. Pada belah pg jeleskan akak2 di sekolah lama aku...cian diorang...mesti banyak kene relief klas kan.
  12. paling penting apa yang aku cakap kat atas semuanya nak sedapkan ati aku jer...he..he...tp ok jer belah petang ni..

Friday, January 2, 2009

kali pertama yang memeningkan

nie first time nak ber'blog'. tak tau la apa hasilnya...sebabnya saya mmg tak pandai bercerita..ssuke dengar cite yea la...tapi jeles gak nengok kwn2 lain ada blog...sedangkan pokcik yg umoq 74 tahun pun ader blog...khir toyo ada blog...anwar ibrahim ada blog..dan org2 lain yg ada blog lah...gambaq nnt du;lu la sy upload...ni tgh pk2 nak letak apa cite..memandangkan salah satu program 2009 nak wat blog, so kena cuba gak cari cite..mcm repoter..kang tak der cite bosan gak awak sume baca bebelan sy ni..so sy g tdo dulu..dah lewat ni..tak bek tdo lewat2 kata nak jaga kulit muka.